Search This Blog

SEJARAH JAMBATAN TAMPARULI


Pada zaman British dahulu, pihak kerajaan sepatutnya membuat satu tugu konkrit berhampiran dengan jambatan bersejarah ini. Tugu itu tercatat tahun berapa ia mula di bina, apa nama syarikat yg membina, mengapakah jambatan ini sangat kukuh, apakah unik nya jambatan ini, berapa kali jambatan ini diperbaiki. Sebagai tatapan generasi baru, nama Jambatan Tamparuli terkenal di mana saja. Khazanah sejarah.

tamparuli-bridge.jpg

Tamparuli-LOw-Bridge-in-construction-1954-500.jpg

Tamparuli_Sabah_Swinging-_Bridge-and-_Land-_Bridge-.jpg


Permulaan Pembinaan


Pada Tahun 1950-an seorang lelaki yang bernama Robinson, selaku pegawai British telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan Jambatan Tamparuli. Penduduk sekitar Tamparuli datang ke Pekan Tamparuli untuk membantu dalam kerja-kerja pembinaan oleh pihak British. Namun setiap kali banjir besar (Lumpadang) pastinya jambatan ini roboh semula, dan ini membuatkan pihak atasan Robinson tidak percaya dengan hasil kerja yang telah diberikan kepadanya. Robinson menjadi khuatir dan risau sekiranya dia akan dilucutkan jawatan. Beliau menjadi buntuh setelah jambatan ini roboh berkali - kali. 

Solungkoi

Solungkoi ialah seorang gadis kampung yang sangat cantik (Sumandak) serta perawan. Disebabkan kecantikannya, Robinson telah jatuh hati padanya. Pada waktu yang sama seorang "tanak wagu" (lelaki) yang bernama Intang juga jatuh hati kepada Solungkoi. Sedihnya, cinta Intang hanya bertepuk sebelah tangan kerana Solungkoi lebih memilih Robinson, mungkin disebabkan paras rupa Robinson yang lebih tampan dan mempunyai pangkat berbanding Intang yang hanyalah merupakan salah seorang daripada pekerja Robinson.

Tombuakar ( Hantu Air )

Oleh kerana jambatan yang dibina selalu roboh, Robinson mengarahakan Intang untuk mencari penyelesaiannya. Disebabkan pada waktu itu penduduk kampung masih mempercayai Tombuakar, Intang pun pergi berjumpa dengan odu-odu untuk mencari jawaban (wanita tua pakar dalam perubatan dan ilmu ghaib). Odu-odu memberitahu bahawa Tombuakar marah kerana kawasan tempat tinggalnya telah diceroboh dan Tombuakar meminta seorang wanita cantik yang perawan dan harus ditanam hidup-hidup sebagai korban bagi menebus kesalahan menceroboh (sogit) Tombuakar tidak akan lagi menganggu Jambatan Tamparuli yang dibina sekiranya sogit sudah diberi.

Pengaruh Intang

Setelah mengetahui permintaan sogit daripada Tombuakar, Intang mengambil peluang ini.Dia berpendapat bahawa sekiranya dia tidak dapat memiliki cinta Solungkoi, tiada sesiapa juga pun yang boleh. Intang meyakinkan odu-odu untuk memutuskan bahawa Solungkoi harus dikorbankan kepada Tombuakar.

Antara cinta dan pangkat

Setelah Robinson diberitahu akan hal itu, dia pun bersetuju kerana dia lebih mengutamakan jawatannya. Robinson telah membuat satu keramaian sempena kerja pembaikan Jambatan Tamparuli, tetapi itu cuma lah satu muslihat untuk memabukkan Solungkoi agar mudah untuk menjadikannya korban kepada Tombuakar. Semua orang yang berada di pesta itu telah dihidangkan dengan Tapai (arak tradisional suku kaum Dusun). Setelah Solungkoi dan penduduk kampung mabuk dan tidak sedarkan diri, Solungkoi pun dibawa ke Jambatan Tamparuli. Solungkoi yang tersedar daripada mabuk mendapati dirinya sudah diikat di cerucuk jambatan dan siap diturunkan bertujuan untuk menanamnya hidup - hidup.

Permintaan Solungkoi

Di saat Solungkoi mahu diturunkan ke dalam sungai, Solungkoi mula menangis dan meminta untuk dilepaskan, namun tiada siapa yang dapat membantunya kerana semua orang telah mabuk. Solungkoi pasrah dengan nasibnya dan dia sempat membuat satu permintaan daripada Tombuakar agar Jambatan Tamparuli tidak akan kukuh melainkan Robinson juga dikorbankan.

Tidak lama selepas pengorbanan Solungkoi, Jambatan Tamparuli tetap roboh dan rosak apabila berlakunya banjir besar. Hal ini membuat Robinson berfikir akan permintaan terakhir Solungkoi yang mana Robinson juga seharusnya dikorbankan sekiranya mahu jambatan itu teguh dan kukuh. Robinson menyedari bahawa perbuatannya salah dan dia merasa amat menyesal. Dengan itu dia telah mengukir nama Solungkoi di atas sekeping plat besi dan dilekatkan di cerucuk jambatan dimana Solungkoi ditanam sebagai tanda penghormatan. Robinson telah membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar. Setelah nyawa Robinson diambil oleh Tombuakar, Jambatan Tamparuli tidak pernah lagi roboh meskipun sebesar mana banjir yang melanda.


Penutup

Ada yang mengatakan bahawa kisah ini hanyalah mitos semata- mata namun amat menghairankan kerana Jambatan Tamparuli yang dibina pada tahun 1950-an masih kukuh sehingga kini meskipun berkali-kali ditenggelami banjir besar.

Ada beberapa penyelam mengatakan bahawa plat besi yang mempunyai nama Solungkoi yang diukir oleh Robinson sebagai tanda cintanya, masih lagi kelihatan.

Mitos atau bukan, inilah sejarah mengenai Jambatan Tamparuli yang baik untuk diketahui orang ramai.


p/s: Jambatan Tamparuli merupakan laluan kereta yang terletak di bawah Jambatan Gantung Tamparuli


SEKIAN




Sumandak Sabah
jambatan tamparuli
Jambatan tamparuli

CREDIT

If you own any of these pictures and want them to be removed, please contact me and it will be removed immediately


The famous Jambatan Tamparuli song